HUKUM BERTATU



  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
    Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
     
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :

Buli

Kulit buku Buli.
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

ROGOL

Definisi

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "dadah rogol dating".

akibat MENCURI


Ngeri! Jangan Mencuri! Allah balas atas dunia lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesekali kakchik teringat kat Mak (mak mertua) di kampung. Kalau dapat bersembang dengan Mak best juga. Dulu nak bercakap dengan Mak hanya perlu dail telefon dan tak lama Mak akan angkat sebab yang ada di rumah selalunya hanya Mak dengan Ayah. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, nak menghubungi Mak sangatlah susah. Dah la kampung Mak jauh ke dalam nak balik pun bukannya senang walaupun tidaklah jauh sangat. Semuanya gara-gara PENCURI KABEL TELEFON!

DUIT DARI SUMBER YANG HARAM

Tipu lah, jangan tak tipu, bukan susah pun nak menipu orang, tipu diri sendiri lagi senang. Dan memang sedap makan hasil dari duit haram kan, nikmatnya lebih dan sukar di nak dicakap, hanya yang pernah merasa je tahu betapa kesedapannya. Lain macam je kan bunyi ayat-ayat kat atas tu. Walau bagaimanapun entry ini bukan bernada emosi ataupun marah-marah, sebaliknya nada bersahaja dan lebih kepada perkongsian cerita yang mungkin boleh diambil iktibar kepada kita semua.
Awal pagi tadi dapat panggilan daripada kampung, ada pertanyaan untuk dapatkan pandangan dan nasihat mengenai seorang lelaki yang baru dapat tahu nama dan pengenalan dirinya telah digunakan oleh individu lain untuk mendapatkan pinjaman tanpa dia sedar.

RASUAH

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya di tempat ke-56 daripada 178 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2010, walaupun memungut 0.1 mata lebih rendah berbanding tahun lepas. Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei, memungut 4.4 mata daripada 10 mata untuk berada di depan Thailand yang mendapat 3.5 mata (tempat ke-78) dan Indonesia dengan 2.8 mata (tempat ke-110).
"Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan pertama dengan memungut 9.3 mata.
"Statistik Malaysia tidaklah merosot malah kekal. Negara kini berada di tengah-tengah (antara baik dan tidak baik).
"Ketidakstabilan kerajaan, biasanya berikutan konflik legasi, terus mendominasi kedudukan di tempat tercorot CPI. Afghanistan dan Myanmar berkongsi tempat kedua terakhir dengan pungutan mata 1.4, manakala Somalia di tangga terakhir dengan 1.1 mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun pelbagai langkah positif telah dilakukan, pungutan mata Malaysia dalam CPI mungkin disebabkann masalah pelaksanaan serta ketiadaan penambahbaikan dalam pembinaan keyakinan, sekaligus menunjukkan terdapat kekurangan dalam kemahuan politik bagi menghapuskan rasuah.
Contohnya, kata beliau, terdapat beberapa perkara yang jelas membimbangkan seperti arahan "Tiada Tindakan Lanjut" oleh Peguam Negara terhadap mereka yang dikatakan terbabit dalam pelantikan hakim seperti yang didedahkan melalui skandal "Video Lingam", walaupun perkara itu merupakan hasil penemuan dan saranan Suruhanjaya Diraja.

MEminuM aRAk aDALAh haRAm dALam iSLm

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.

kEindahan islam

ALLAH SWT berfirman yang bererti :
"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam"
[Ali Imran : 19]Satu-satunya agama yang Allah akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia adalah Islam. Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari Allah, sedangkan agama-agama lain adalah di cipta manusia semata-mata. Adakah sama sesuatu yang datang dari Allah dengan sesuatu yang direka oleh manusia ? jauh, jauh sekali bezanya.Allah adalah pencipta manusia, kerana itulah Allah  yang maha mengetahui tentang manusia. Oleh kerananya aturan/agama Allah itulah yang paling lengkap dan paling sesuai dengan kejadian semula jadi (fitrah manusia).Diri manusia terdiri dari 3 unsur, iaitu fizik, akal dan Roh/hati/jiwa. Roh/hati/jiwa manusia mempunyai perasaan yang Tuhan bekalkan bersama dengan lahirnya fizik manusia. Indahnya Islam itu adalah dinul Islam itu sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia, dengan kata lain sesuai dengan perasaan manusia. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang Allah suruh. Apa yang hati tidak setuju, itulah yang Allah larang.Kemudian oleh Allah, Rasul diutus untuk membawa perintah untuk membenarkan apa yang ada dalam fitrah manusia, menyuburkan apa yang telah ada. Kerana itulah Islam itu indah sebab memberi makanan pada roh. Apa yang roh kehendaki, itu yang dihidangkan oleh Islam. Seperti makanan untuk fisik manusia, kita suka daging, tiba-tiba terhidang daging, betapa indahnya. Kita suka ikan, dihidangkan ikan, betapa indahnya. Tapi ketika kita ingin daging dihidangkan lauk yang kita tidak suka, tidak indah. jadi bgi umat islam, kita seharusnya tidak terpengaruh dengan agama lain kerana,agama yang kita anuti selama ini adalah benar dan lengkap....
by farid...
farid_993@yahoo.com

judi melalaikan kita

- keburukkan berjudi
Judi adalah antara amalan termasuk dalam dosa besar kerana ia dikaitkan dengan amalan syaitan. Tegahan berjudi kerana perbuatan itu mendatangkan banyak keburukan bukan saja kepada orang yang suka berjudi, juga mereka yang rapat dengannya.Pengharaman judi jelas dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90)Firman Allah lagi yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)Gila judi juga mendorong seseorang melakukan perbuatan menyalahi syariat agama dan lebih teruk lagi, akibat judi menyebabkan seseorang itu berpaling daripada Allah seterusnya melupakan tanggungjawab kepada penciptanya.Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukannya).” (Surah al-Maidah, ayat 91)

hUbUNGAn seJENis


Hubungan sejenis semakin berleluasa, ini menyebabkan ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis.Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan.....

BUNUH DIRI


Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya

seks bebAs di malAysia semaKin meNulAr....

HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.
Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah

keGiatan remAja zaman kini..........


Pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan mungkin pada pandangan ahli pendidik dan budayawan, tidak menimbulkan apa-apa masalah, tapi daripada nilai dan kaca mata Islam, ia salah dan amat dilarang.Ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis daripada Ali bin Abu Talib, yang bermaksud :
“Pandangan lelaki terhadap wanita (terutama yang cantik) adalah panah daripada aneka macam panah iblis yang beracun. Maka barang siapa yang menghindar daripada panah itu, maka Allah akan menggantikannya dengan ibadah yang membuatnya rasa selesa.” 
 (Riwayat Ahmad)