DUIT DARI SUMBER YANG HARAM

Tipu lah, jangan tak tipu, bukan susah pun nak menipu orang, tipu diri sendiri lagi senang. Dan memang sedap makan hasil dari duit haram kan, nikmatnya lebih dan sukar di nak dicakap, hanya yang pernah merasa je tahu betapa kesedapannya. Lain macam je kan bunyi ayat-ayat kat atas tu. Walau bagaimanapun entry ini bukan bernada emosi ataupun marah-marah, sebaliknya nada bersahaja dan lebih kepada perkongsian cerita yang mungkin boleh diambil iktibar kepada kita semua.
Awal pagi tadi dapat panggilan daripada kampung, ada pertanyaan untuk dapatkan pandangan dan nasihat mengenai seorang lelaki yang baru dapat tahu nama dan pengenalan dirinya telah digunakan oleh individu lain untuk mendapatkan pinjaman tanpa dia sedar.

Akupun bukanlah mahir sangat bab ni, tapi adalah sikit pengalaman pasal pernah membuat pinjaman (semua orang pernah kan?) dan juga sedikit pendedahan menguruskan permohonan sesebuah pinjaman dari mula hantar borang sampailah proses pengeluaran wang pinjaman.
Jadinya mamat kampung aku tu dalam beberapa minggu lepas ada nak buat pinjaman dengan sebuah bank di kawasan tu. Bila sampai kat sana dan semak dalam sistem bank tak pasal-pasal nama dan pengenalan dirinya dah ada rekod buat pinjaman sejak dari tahun 2000 lagi, dengan jumlah keseluruhan pinjaman tu ada dekat RM500,000.00.
Memang dia hairan pasal tahun 2000 dia baru je umur 17 tahun tengah ambil SPM, nak buat pinjaman buat apa. Dan selepas di minta penjelasan lanjut daripada pihak bank, di keluarkan lah senarai pinjaman yang mamat tu pernah buat, macam-macam termasuklah ada pinjaman menerusi kad kredit berjumlah dalam RM52k. Bila nak tengok dengan lebih jelas lagi pihak bank tak bagi pasal mamat tu kena rujuk benda ni kepada Bank Negara kalau dia tahu ada kesilapan. Mungkin ada kaitan dengan akta BAFIA 1989.
Kalau ikut logik akal pun mamat tu baru sekarang kerja dengan gaji bulanan lebih kurang RM800 sebulan dan baru 1st time nak buat loan, macama nak layak buat pelbagai pinjaman dengan jumlah yang agak besar sebelum ni. Yang pelik nya pulak bayaran bulanan bagi pinjaman tu sentiasa diterima oleh pihak bank terlibat.
jangan a kita mnggunakan duit yg haram kerana ia amat ditegah oleh islam kerana,ini adalah kesalahan yang besar dh boleh menamdbah dosa kita yang semakin bertambah...
Cuba bayangkan berapa banyak kita telah mengguna dan makan duit haram...
ia mungkin menjadi darah daging kita...
renungkan lah/...... 

0 Responses to “DUIT DARI SUMBER YANG HARAM”:

Leave a comment