ROGOL

Definisi

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "dadah rogol dating".

Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam" (Uniform Crime Reports) menggunakan istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputkan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki; walaubagaimanapun, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka untuk merangkumi serangan seksual keatas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut keperluan mereka. Undang-undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan" (age of consent). berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan.

Hukuman

Rogol dianggap sebagai jenayah dashyat dalam kebanyakan kebudayaan dan kadangkala dihukum dengan berat oleh undang-undang. Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan bagi perogol kental (habitual offenders) dalam sesetengah negara. Dalam sesetengah negara lain, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. Terdapat sejumlah kecil negara yang mana rogol dianggap dan masih dianggap boleh diterima dan digalakkan. Di beberapa kebudayaan pula, seorang mangsa rogol perempuan akan dihukum sebagai pesalah jenayah kelamin, walaupun telah terbukti dan diakui bahawa dia yang telah dirogol. Sikap sosial tentang rogol dan hukuman yang sewajarnya adalah persoalan yang masih diperdebatkan dengan bersungguh-sungguh dibeberapa kebudayaan Barat. Di negara-negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum dengan pemenjaraan jangka panjang, yang mana hukuman tersebut merupakan hukuman yang maksimum. Pada permulaan abad ke-20an, rogol boleh mengakibatkan hukuman mati di kebanyakan negeri-negeri Amerika Syarikat.
Menurut statistik RAINN, hanya lebih kurang enam peratus, iaitu lebih kurang satu perenam-belas daripada perogol-perogol, akan tertangkap dan dipenjarakan.

Kesan

Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi pada zaman itu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.
Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecermasan. Pegawai perubatan dan undang-undang profesional mengesa mangsa mendapatkan pertolongan untuk melaporkan jenayah dan mendapatkan rawatan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku. Tambahan lagi, pencegahan hamil yang cemas dan rawatan pencegahan penyakit sebaran seksual mungkin juga diperlu. Pembantu-pembantu perubatan kecemasan dan doktor-doktor terlatih dalam cara-cara menolong mangsa rogol. Ada kemungkinannya bahawa bukti-bukti seumpama sampel DNA yang boleh membantu dalam pendakwaan perogol, dapat dikutip.
Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.
Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang sama. Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang terjadi (terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai lelaki). Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk pendakwaan akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita.

0 Responses to “ROGOL”:

Leave a comment