BUNUH DIRI


Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya

Sebab-sebab

Tidak adanya satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab sejagat untuk membunuh diri. Bagaimanapun kemurungan merupakan fenomena yang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri. Faktor-faktor yang berkait adalah seperti yang berikut:

Perdebatan tentang bunuh diri

Mesin eutanasia.
Sesetengah orang melihat bunuh diri sebagai suatu pilihan peribadi yang sah dan sebagai salah satu hak asasi manusia (dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakan hak untuk mati), dan mempertahankan bahawa tiada orang yang harus dipaksa untuk menderita bertentangan dengan kehendaknya, khususnya dalam kes-kes penyakit yang tidak dirawat, sakit jiwa, dan umur tua yang tidak mempunyai sebarang kemungkinan untuk dipulih. Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma. Sudut pandangan ini amat popular di benua Eropah [2], dengan eutanasia dan topik-topik lain yang serupa biasanya dibincangkan di dalam parlimen, walaupun sudut pandangan ini juga mendapat banyak sokongan di Amerika Syarikat.
Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani. Antara penyokong-penyokong terkenal aliran fikiran ini ialah Arthur Schopenhauer, ahli falsafah pesimis Jerman. [3]. Kumpulan ini sering menyokong pembubaran statut-statut yang mengehadkan kebebasan orang-orang yang diketahui hendak membunuh diri, umpamanya undang-undang yang membenarkan mereka dipaksa memasukkan ke hospital kesihatan mental bertentangan dengan kehendak mereka.
Bagaimanapun, para pengkritik memperdebatkan bahawa dorongan untuk membunuh diri adalah hasil yang diwujudkan oleh penyakit mental dan oleh itu, tidak merupakan suatu perbuatan kepentingan diri yang rasional. Disebabkan oleh keseriusan dan ketakbolehbalikan keputusan untuk membunuh diri, adalah lebih cermat bagi masyarakat bersikap terlalu belas ihsan untuk memperlindungi orang-orang yang hendak membunuh diri.
kita  tidak seharusnya mmbabitkn diri dgn perkara sebegini kerana dosa besar bagi umt islam yg bnuh diri dan telah dianggap MURTAD!!!!


0 Responses to “BUNUH DIRI”:

Leave a comment