judi melalaikan kita
- keburukkan berjudiJudi adalah antara amalan termasuk dalam dosa besar kerana ia dikaitkan dengan amalan syaitan. Tegahan berjudi kerana perbuatan itu mendatangkan banyak keburukan bukan saja kepada orang yang suka berjudi, juga mereka yang rapat dengannya.Pengharaman judi jelas dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90)Firman Allah lagi yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)Gila judi juga mendorong seseorang melakukan perbuatan menyalahi syariat agama dan lebih teruk lagi, akibat judi menyebabkan seseorang itu berpaling daripada Allah seterusnya melupakan tanggungjawab kepada penciptanya.Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukannya).” (Surah al-Maidah, ayat 91)Permusuhan mudah tercetus di kalangan kaki judi. Pihak yang menanggung kerugian sering memandang serong kepada pihak yang menang. Banyak kemenangan biasanya diperoleh secara penipuan dan mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak lawan.Biarpun ada pihak mendakwa perjudian dikendalikan syarikat berlesen adil dan terhindar daripada penipuan, hakikatnya keburukan sebenar perjudian masih ada. Islam mengharamkan semua bentuk judi tidak kira memiliki lesen perniagaan atau diadakan secara haram.Sebenarnya tidak ada syarikat pengendalian perjudian menanggung kerugian sebaliknya, pelanggan atau kaki judi yang berterus-terusan menanggung kerugian. Bilangan mereka mendapat keuntungan daripada perjudian amat sedikit dan tidak memadai jumlah yang dihabiskan selama ini.Wang hasil perjudian adalah haram dan tiada keberkatan. Sesiapa memiliki wang judi tidak kekal lama. Masyarakat menyebutnya ‘wang panas’ yang tidak dapat disimpan lama. Orang menang judi bersikap boros, menghadapi malapetaka dan kesusahan menyebabkan wang itu habis dibelanjakan.Malah, ada menjadi gila atau hilang ingatan selepas menang besar dalam perjudian. Semua itu adalah pembalasan Allah kepada kaki judi di dunia ini lagi. Orang suka berjudi tidak akan melihat perkara lain lebih penting dalam hidup mereka selain berjudi.Mereka sanggup mengalami keretakan rumah tangga dan membiarkan orang disayangi menderita kerananya. Malah, orang berjudi ramai terbabit dengan amalan syirik apabila mempercayai bomoh ekor, bertapa dan memuja keramat. Oleh itu, aktiviti perjudian bukan saja merugikan dalam bentuk kewangan, juga melahirkan masyarakat malas dan kuat berangan-angan. Pakar psikologi dan sosiologi bukan Islam turut sepakat mengatakan judi banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Mereka ketagih judi merasakan dirinya mendapat keuntungan, sedangkan hal sebaliknya dialami. Sebab itu Islam mengharamkan segala bentuk permainan yang mempunyai unsur judi biarpun dalam bentuk mana ia diadakan.Sesuatu yang mendatangkan keburukan adalah ditegah sama sekali dilakukan oleh umat Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jangan kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)Usahlah menyimpan harapan mendapat kekayaan daripada hasil judi. Perbuatan yang didorong hasutan syaitan tidak akan menjanjikan sebarang kebaikan. Berjudi yang menjadi amalan syaitan akan mengakibatkan kepapaan. jdi jauhilah diri daripada tergolong dari golongan yg berjudi
-5 Tanda Anda Sebenarnya Berjudi dalam Pelaburan
1. Buat keputusan 100% dengan “fakta” dari ejen (jurujual)
Ejen menjual dengan sales pitch. Sales pitch adalah kombinasi auta dan fakta. Noktah.
2. Beli dengan harapan harga akan naik dan naikKita tak seharusnya beli sesuatu dengan hanya mengharapkan harga akan naik. Seperti membeli apartment berharga RM 100,000 dan mengharapkan harga akan naik menjadi RM 130,000 setahun lagi.
3. Sekiranya bukan berharap harga akan naik, anda tidak akan beli
Bukan sahaja tidak mahu beli, pegang dan simpan untuk 10 minit pun tidak ingin. Buat apa beli barang yang tidak dikehendaki, tetapi emosi yang telah menguasai diri itulah yang mahukan keuntungan menyebabkan anda beli juga
4. Dapat tips dari kawan
Barangkali ada kawan yang bercerita tentang untung yang dapat seminggu lepas. Anda tidak mahu ketinggalan bas.
5.Ikut cakap “bomoh” moden
Bisnes dan pelaburan adalah common sense. Prinsip asas dalam bisnes adalah beli barang harga rendah dan jual barang harga tinggi, justeru boleh buat banyak untung. Kita pula perlu melabur dalam syarikat yang buat bisnes yang ikut prinsip tersebut.
Kenapa mahu tahu “rahsia” tertentu seperti sekiraya lahir bulan ini, hebat di mana. Sekiranya pakai baju warna ini, akan jadi superhero. Simpan ibu duit lah. Teknik tapak tangan pun ada. Bukan kah ini semua menilik nasib ?
Kalau dah tak pandai menjual dan tidak beri apa yang orang mahu, sampai bila pun tidak jadi kaya.
0 Responses to “judi melalaikan kita”: