seks bebAs di malAysia semaKin meNulAr....
HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah
apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32).

0 Responses to “seks bebAs di malAysia semaKin meNulAr....”: