MEminuM aRAk aDALAh haRAm dALam iSLm

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.
kEindahan islam
ALLAH SWT berfirman yang bererti :"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam"
[Ali Imran : 19]Satu-satunya agama yang Allah akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia adalah Islam. Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari Allah, sedangkan agama-agama lain adalah di cipta manusia semata-mata. Adakah sama sesuatu yang datang dari Allah dengan sesuatu yang direka oleh manusia ? jauh, jauh sekali bezanya.Allah adalah pencipta manusia, kerana itulah Allah yang maha mengetahui tentang manusia. Oleh kerananya aturan/agama Allah itulah yang paling lengkap dan paling sesuai dengan kejadian semula jadi (fitrah manusia).Diri manusia terdiri dari 3 unsur, iaitu fizik, akal dan Roh/hati/jiwa. Roh/hati/jiwa manusia mempunyai perasaan yang Tuhan bekalkan bersama dengan lahirnya fizik manusia. Indahnya Islam itu adalah dinul Islam itu sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia, dengan kata lain sesuai dengan perasaan manusia. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang Allah suruh. Apa yang hati tidak setuju, itulah yang Allah larang.Kemudian oleh Allah, Rasul diutus untuk membawa perintah untuk membenarkan apa yang ada dalam fitrah manusia, menyuburkan apa yang telah ada. Kerana itulah Islam itu indah sebab memberi makanan pada roh. Apa yang roh kehendaki, itu yang dihidangkan oleh Islam. Seperti makanan untuk fisik manusia, kita suka daging, tiba-tiba terhidang daging, betapa indahnya. Kita suka ikan, dihidangkan ikan, betapa indahnya. Tapi ketika kita ingin daging dihidangkan lauk yang kita tidak suka, tidak indah. jadi bgi umat islam, kita seharusnya tidak terpengaruh dengan agama lain kerana,agama yang kita anuti selama ini adalah benar dan lengkap....
by farid...
farid_993@yahoo.com
judi melalaikan kita
- keburukkan berjudi
hUbUNGAn seJENis

BUNUH DIRI

seks bebAs di malAysia semaKin meNulAr....
HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah
keGiatan remAja zaman kini..........
Pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan mungkin pada pandangan ahli pendidik dan budayawan, tidak menimbulkan apa-apa masalah, tapi daripada nilai dan kaca mata Islam, ia salah dan amat dilarang.Ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis daripada Ali bin Abu Talib, yang bermaksud :
“Pandangan lelaki terhadap wanita (terutama yang cantik) adalah panah daripada aneka macam panah iblis yang beracun. Maka barang siapa yang menghindar daripada panah itu, maka Allah akan menggantikannya dengan ibadah yang membuatnya rasa selesa.”
(Riwayat Ahmad)