Buli
Kulit buku Buli.

ROGOL
Definisi

Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "dadah rogol dating".
akibat MENCURI

Ngeri! Jangan Mencuri! Allah balas atas dunia lagi.
Sesekali kakchik teringat kat Mak (mak mertua) di kampung. Kalau dapat bersembang dengan Mak best juga. Dulu nak bercakap dengan Mak hanya perlu dail telefon dan tak lama Mak akan angkat sebab yang ada di rumah selalunya hanya Mak dengan Ayah. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, nak menghubungi Mak sangatlah susah. Dah la kampung Mak jauh ke dalam nak balik pun bukannya senang walaupun tidaklah jauh sangat. Semuanya gara-gara PENCURI KABEL TELEFON!
DUIT DARI SUMBER YANG HARAM

Awal pagi tadi dapat panggilan daripada kampung, ada pertanyaan untuk dapatkan pandangan dan nasihat mengenai seorang lelaki yang baru dapat tahu nama dan pengenalan dirinya telah digunakan oleh individu lain untuk mendapatkan pinjaman tanpa dia sedar.
RASUAH
KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya di tempat ke-56 daripada 178 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2010, walaupun memungut 0.1 mata lebih rendah berbanding tahun lepas. Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei, memungut 4.4 mata daripada 10 mata untuk berada di depan Thailand yang mendapat 3.5 mata (tempat ke-78) dan Indonesia dengan 2.8 mata (tempat ke-110)."Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan pertama dengan memungut 9.3 mata.
"Statistik Malaysia tidaklah merosot malah kekal. Negara kini berada di tengah-tengah (antara baik dan tidak baik).
"Ketidakstabilan kerajaan, biasanya berikutan konflik legasi, terus mendominasi kedudukan di tempat tercorot CPI. Afghanistan dan Myanmar berkongsi tempat kedua terakhir dengan pungutan mata 1.4, manakala Somalia di tangga terakhir dengan 1.1 mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun pelbagai langkah positif telah dilakukan, pungutan mata Malaysia dalam CPI mungkin disebabkann masalah pelaksanaan serta ketiadaan penambahbaikan dalam pembinaan keyakinan, sekaligus menunjukkan terdapat kekurangan dalam kemahuan politik bagi menghapuskan rasuah.
Contohnya, kata beliau, terdapat beberapa perkara yang jelas membimbangkan seperti arahan "Tiada Tindakan Lanjut" oleh Peguam Negara terhadap mereka yang dikatakan terbabit dalam pelantikan hakim seperti yang didedahkan melalui skandal "Video Lingam", walaupun perkara itu merupakan hasil penemuan dan saranan Suruhanjaya Diraja.